Friday, November 16, 2007

Terapi herba melawan kanser

Sudah sekian lama tidak kemaskini blog ini, saya baru memperhalusi dan memperkayakan ilmu berkaitan merawat kanser dengan herba. keberkesanan nya amat saya kagumi dan setakat testimoni yang dikemukakn telah menampakkan hasil yang positif dan memberangsangkan. Tidak kira apa jenis kanser boleh diusahakan dengan ramuan dari herba. inilah kekayaan Tuhan yang dikurniakan kepada kita di Malaysia cuma kita perlu mencari ilmu untuk menggunakan dan mengamalkannya.

Saya menyeru kepada semua agar mengambil peluang ini bagi yang telah di diagnosis dengan penyakit kanser, malah ahli keluarga dan kenalan yang diketahui ada masalah ini minta dipanjangkan infomasi ini kerana saya menawarkan terapi herba untuk merawat kanser ini pada harga yang berpatutan. Jangan putus asa melawan kanser. Saya akan memberikan maklumat lanjutnya pada tulisan akan datang.

Tuesday, September 18, 2007

Ramadhan


Salam mesra,

Saya meminta maaf di atas ketidaksempatan untuk menghantar artkel dalam bulan Ramadhan ini. Saya akan 'posting' dalam awal Oktober. Sila nantikan kehadiran saya.

Selamat menjalani ibadah puasa.

Friday, September 7, 2007

Pemanis


Salam kembali...

Saya ingin menyimpulkan mengapa saya menulis blog ini dalam bahasa Melayu. Setelah 50 tahun kemerdekaan tidak banyak langkah agung memartabatkan lagi bahasa ini. Kita lebih senang berbicara dalam bahasa English. Dengan industri Herba dan rempah ini kebanyakan melibatkan orang peribumi saya rasa senang sekali dengan menggunakan bahas ibunda kerana majoriti adalah kaum kita sendiri. Jadikan blog ini sebagai wadah perbincangan dan maklumbalas terhadap artikel yang bakal saya paparkan.

Bulan Ramadhan menjelang tiba, seperti kebiasaannya kita menahan lapar dan dahaga. TAPI bila berbuka puasa segunung makanan pun boleh habis. Apa yang biasanya kita ambil semasa berbuka? Kalau ikut sunnah Nabi, mulakan dengan kurma dan sekurang-kurangnya berbuka dgn air sejuk/ kosong. Tapi kalau kita di Malaysia yang kaya dengan makanan, kuih, pengat, bubur, nasi kerabu, ayam percik, dan segalanya. Dan yang paling teruknya makanan yang kita makan tak seimbang. Pernah tak kita kira pengambilan kalori kita semasa berbuka?

Yang paling membimbangkan lagi adalah pengambilan gula terutama pada pesakit diabetis. Pengambilan gula yang berlebihan akan mengakibatkan pelbagai kesan sampingan semasa menjalani ibadah puasa. Disini terdapat sedikit artikel mengenai pemanis yang sesuai.

Stevia



" Gula sebenarnya merupakan bahan makanan yang sudah cukup popular dan menjadi sebahagian diet manusia sejak 2,000 tahun lampau. Mengikut Akta Makanan 1983, gula bermaksud makanan yang dikenali sebagai sukrosa dalam ilmu kimia dan termasuklah gula pasir, gula buku, gula kastor, gula serbuk dan gula batu. Gula (glukosa) tergolong dalam kumpulan karbohidrat ringkas dan merupakan salah satu sumber tenaga kepada tubuh. Selain itu, gula juga bertindak sebagai pemanis dalam makanan. Selain membekalkan tenaga, gula memberi khasiat yang sedikit. Persatuan Kesihatan Sedunia menyarankan, gula tidak seharusnya menyumbangkan lebih daripada 10 peratus tenaga. Gula yang diambil secara berlebihan akan bertukar kepada lemak dalam tubuh. Apabila ini sudah terjadi, ia menyebabkan kegemukan dan pelbagai penyakit akan timbul seperti kencing manis dan penyakit jantung.

Namun sebagai pengganti, berbagai jenis produk pemanis tiruan telah dihasilkan. Bahan pemanis tiruan bererti bahan yang jika ditambah pada makanan boleh memberikan rasa manis kecuali sakarida, alkohol polihidrik atau madu (Akta Makanan 1983). Ia hanyalah penyelesaian jangka pendek dalam menyedapkan rasa. Di antaranya adalah saccharin, aspartam, sucralose, acesulfame potassium dan banyak lagi. Kesemua bahan ini mengandungi tahap kemanisan yang tinggi.

Saccharin misalnya merupakan pemanis tiruan yang terawal dihasilkan. Ia mengandungi tahap kemanisan 300 kali ganda seperti sukrosa tetapi mempunyai rasa pahit pada kepekatan yang tinggi. Saccharin stabil pada suhu panas dan biarpun dengan kehadiran asid, ia tidak bertindak balas dengan kandungan yang terdapat dalam makanan.

Pemanis tiruan yang lain seperti aspartam banyak digunakan dalam minuman ringan diet dan gula-gula getah non-sugar. Tidak seperti saccharin, aspartam tidak sesuai digunakan dalam masakan kerana tidak stabil pada suhu tinggi sekaligus menyebabkan tahap kemanisan berkurangan. Selain itu, aspartam juga merupakan salah satu pengganti gula bagi yang menghidapi diabetes. Akan tetapi penggunaan pemanis tiruan yang berlebihan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan.

Oleh itu, pemanis semulajadi iaitu stevia boleh dijadikan sebagai pengganti gula bagi mereka yang gemarkan manis. Stevia daripada kelompok famili chrysanthemum dengan nama saintifiknya stevia rebaudiana atau pokok stevia rebaudiana bertoni juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb. Ia berasal daripada pokok renek yang tumbuh meliar di Paraguay dan mempunyai rasa manis di bahagian daunnya. Pemanis stevia telah meluas penggunannya di Jepun. Ia telah dihasilkan secara komersial di Jepun sejak tahun 1977 dan telah digunakan dalam produk makanan serta dalam minuman ringan. Pada masa kini, stevia telah ditanam dan digunakan dalam industri makanan di Asia termasuk China, Taiwan, Korea, Thailand dan Malaysia.

Sebagai pemanis semulajadi, stevia mempunyai nisbah rasa manis yang semakin bertambah dalam tempoh yang lebih panjang dan tahap kemanisan 300 kali ganda daripada gula biasa. Akan tetapi mempunyai rasa pahit pada kepekatan yang tinggi. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori,lemak,kolestrol,gula dan karbohidrat.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat serta diabetes. "

Menyedari tentang ancaman pengambilan gula secara berlebihan, sekarang terdapat alternatif pemanis semulajadi yang langsung tiada kesan sampingan kepada pesakit diabetis. OriSweet dalam bentuk uncang teh dan mudah disediakan. Maklumat mengenai OriSweet boleh di dapati di www.myherbs-farm.com


Tahukah anda, selepas ini kita akan berebut gula dengan kenderaan seperti kereta? Kalau nak tahu teruskan bersama saya untuk artikel yang akan datang.


Sunday, August 12, 2007

Salam Perkenalan

Salam....

Terlebih dahulu saya terpanggil untuk menulis sendiri blog ini kerana sebagai saluran untuk menyampaikan rasa hati, pemikiran tentang apa pendapat dan pandangan saya kepada industri herba di Malaysia. Apa pun saya mengalukan komen atau pendapat anda semua. Pada mulanya saya ingin menulis di dalam bahasa inggeris tetapi memandangkan saya rasa ada lebih baik saya berkongsi ilmu dengan masyarakat nusantara dahulu.. akan saya ceritakan MENGAPA..... tapi dalam edisi yang lain.